Follow Us On:  img  img  img
flickr
Seminar Asal-Usul Melayu 2014)

Secalit Tinta

Walaupun Malaysia dilihat sebagai negara majmuk atau berbilang bangsa, namun tidak dapat dinafikan bahawa warisan serta budaya Melayu masih mempunyai pengaruh yang sangat besar di Malaysia.

Berlatarbelakangkan sejarah yang menarik dan kaya dengan warisan khazanah yang unggul juga telah mampu menarik minat para saintis tempatan mahupun luar negara untuk merungkai keunikan bangsa Melayu menerusi kajian asal usulnya melalui kepakaran bidang sains dan arkeologi.

Prof. Zilfalil Alwi
Pengerusi Seminar Asal-Usul Melayu 2014

Baca lagi

img
Pengenalan

Taburan penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia meliputi bahagian utara, utara-timur, barat dan selatan di mana setiap penempatan mempunyai perbezaan dari segi sub- etnik. Masyarakat Melayu di bahagian utara dikenali sebagai Melayu-Kedah, utara-timur sebagai Melayu Kelantan manakala masyarakat Melayu di bahagian barat dan selatan terdiri daripada masyarakat Melayu Minang, Acheh, Riau, Jawa, Bugis, Rawa, Jambi dan Banjar. Kepelbagaian taburan kumpulan sub-etnik di Semenanjung Malaysia berikutan perbezaan susur galur keturunan serta pengaruh yang diterima adalah berbeza mengikut kedudukan geografi sesetengah penempatan. Hasil kajian yang telah diterbitkan oleh penyelidik-penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (Wan Hatin et al, 2011), mencadangkan Melayu Kelantan mempunyai susur galur keturunan yang berbeza berbanding sub-etnikMelayu lain. Ini boleh dikaitkan dengan kedudukan geografi mereka di utara-timur dankurangnya pengaruh dari Kepulauan Indonesia.

Seminar ini bertujuan untuk berkongsi maklumat hasil kajian berkaitan genetik kumpulan etnik Melayu di Semenanjung Malaysia, antropologi serta sejarah mengenai masyarakat ini. Seminar ini akan menerangkan sejarah, susur galur keturunan dan hasil kajian genetik etnik Melayu terutamanya Melayu Kelantan. Etnik Melayu Kelantan merupakan Melayu terawal dan berbeza berbanding masyarakat Melayu lain di Semenanjung Malaysia. Perkongsian maklumat tentang masyarakat Melayu dari segi genetik,sejarah serta antropologi dapat membantu dalam merungkai keunikan etnik Melayu terutamanya Melayu Kelantan selain memberi informasi serta pengetahuan kepada orang awam.


Tarikh:
11 & 12 Ogos 2014 (Isnin & Selasa)
Masa:
8.30 pagi hingga 5 ptg(11 Ogos 2014) & 9.00 pagi hingga 2 ptg (12 Ogos 2014)
Tempat :
Auditorium, Blok Pentadbiran (Baharu) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan

     
PENDAFTARAN
PENGANJUR

Klik DISINI untuk pendaftaran atas talian

| Best view with 1260 x 875 Resolutions Google Chrome or Mozilla Firefox |
Copyright © 2014:: Seminar Asal-Usul Melayu 2014 :: Hak Cipta Terpelihara ::